COGAN KATA SEKOLAH.

"Berjuang Hingga Berjaya" merupakan cogan kata

bagi Sekolah Kebangsaan Jalan Datuk Palembang,Melaka .Ia bermaksud satu perjuangan yang dibuat oleh setiap warga Sekolah Kebangsaan Jalan Datuk Palembang secara berterusan dengan penuh satu harapan.Perjuangan ini dibuat sehingga warga Sekolah Kebangsaan Jalan Datuk Palembang mencapai satu matlamat yang dicita-citakan.Cogan kata "Berjuang Hingga Berjaya" juga dapat dihayati melalui lagu sekolah.Lagu ini mengatakan bahawa warga Sekolah Kebangsaan Jalan Datuk Palembang hendaklah berusaha, bersatu dan berjiwa realis demi mengejar kejayaan tanpa mengenal erti jemu.

 

 

PIAGAM

Kami warga Sekolah Kebangsaan Jalan Datuk Palembang dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji:

 

MISI SEKOLAH

1. Melahirkan pelajar yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan aktif dalam semua bidang.

2. Mewujudkan budaya kerja dalam satu pasukan dan semangat kekitaan.

3. Memupuk sikap cintakan sekolah dan negara.

4. Mendidik pelajar supaya bersopan, berhemah tinggi, berbudi bahasa serta bertoleransi.

5. Bersatu padu, berjuang hingga berjaya.

 

 

VISI SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Jalan Datuk Palembang mempunyai wawasan untuk mencapai sistem pendidikan yang terbaik di negara ini. Untuk itu, kita berusaha mewujudkan budaya kerja cemerlang ke arah membentuk anak didik supaya menjadi insan yang seimbang.

 

 

LAGU SEKOLAH

S.K.J.D.P Ibu kandung ku,
Kami berjanji menjaga oh namamu.
Kami akan berjuang,
Dengan satu harapan,

Berjasa dan berbakti,
Untuk bangsa dan pertiwi.
Gunung tinggikan kami daki,
Lautan luaskan kami renangi,

Tiada ancaman dapat menghalang,
Berjuang, berjuang, terus berjuang.
Kami bersatu berjiwa realis,
Bersukan berilmu kami merintis,
Kami tunas harapan negara,
Berjuang, berjuang hingga berjaya.

 

Muzik : Puan Yong Yoke Fah

Lirik : Encik Mokhtar Ahmad

Dicipta pada tahun 1972

 

SCHOOL SONG

S.R.I.B.B. My alma Mater (S.K.J.D.P. 1997)
We promise to uphold your name
We Shall strive with one desire
To serve our homeland

We will climb the highest mountain
We will swim the deepest ocean
Nothing shall stop us from stiving
We`re united with one heart

Excelling in sport and academic
We are our nation`s hope
We`ll strive until we succeed

 

indeks / kata aluan / lencana / album / sejarah

guru / bukan guru / aktiviti / jk laman web