SEJARAH RINGKAS

 

SEK0LAH KEBANGSAAN JALAN DATUK PALEMBANG

Sekolah ini mula ditubuhkan pada 1960. Ia dikenali sebagai Bukit Baru Primary School atau Sekolah Rendah Inggeris Bukit Baru. Sekolah inin mula beroperasi pada 2.1. 1961 dengan 5 buah kelas dan 153 orang murid serta 9 orang guru. Encik Yik Keun merupakan Guru Besar yang pertama di sekolah ini.

Sekolah ini telah dirasmikan oleh Ecik Ghaffar Baba, Ketua Menteri ketika itu pada 15 Jun 1962. Pada 1 September pula, kelas khas untuk murid pekak dan bisu telah dibuka dengan 2 tenaga pengajar iaiatu Encik Syed Hamid dan Puan Saadiah. Terdapat dua buah kelas yang mana setiap kelas mempunyai 12 orang murid yang berusia diantara 5 hingga 14 tahun. Manakal pada tahun 1964 pula bilangan kelas di sekolah ini terus bertambah menjadikannya 18 buah dengan murid seramai 621 orang (461 orang lelaki dan 161 orang perempuan) dengan jumlah tenaga pengajarnya 24 orang.

Pada tahun 1966, bilangan muridnya meningkat kepada 888 orang dan ditempatkan dalam 25 buah kelas dan gurunya pula seramai 32 orang.

Sekolah ini terus berkembang bukan sahaja dengan penambahan bilangan muridnya malahan dengan penambahan infrastukturnya juga. Bangunan sekolah ini dibina secara berperingkat-peringkat. Ketika mula beroperasi, hanya terdapat lima blok sahaja (termasuk kantin). Namun pada 1966, kantin telah diubah menjadi dewan dan bangunan kantin baru dibina. Manakala blok A dan H yang ada sekarang siap sepenuhnya pada 14 Januari 1985 dan blok B pula siap pada 1986. Pondok PIBG telah diusahakan dan siap pada tahun 1990 untuk kemudahan murid menunggu kenderaan.

Sekolah ini dengan rasminya telah ditukarkan namanya kepada Sekolah Kebangsaan Jalan Datuk Palembang sempena mengambil nama bukit yang terdapat di belakang sekolah ini iaitu Bukit Palembang. Sekarang bukit tersebut telah dijadikan Kompleks Pusat Latihan Kastam DiRaja Malaysia. Pertukaran nama sekolah ini telah diusahakan oleh guru besar yang ketiga iaitu Encik S.Kesavan.

Kini terdapat 30 buah keals, sebuah perpustakaan, sebuah bilik tayang, sebuah makmal Matematik, sebuah bilik komputer, sebuah surau. Dua buah makmal Sains, sebuah bilik Kemahiran Hidup, sebuah kantin, sebuah pejabat dan sebuah padang berbalapan 300 meter di Sek. Keb. Jalan Datuk Palembang. Tenaga pengajarnya seramai 50 orang dan bukan pengajar seramai 9 orang. Bilangan murid pada masa kini ialah selamai 1347 orang.

Senarai Guru Besar Sekolah Kebangsaan Jalan Datuk Palembang

 BIL
 NAMA
TAHUN BERKHIDMAT

1.

Encik Kuan Kian Kee

1961 – 1968

2.

Encik Chin Yik Keun

1969 – 1971

3.

Encik S.Kesavan

1972 – 1984

4.

Tn. Haji Joned Ali

1985

5.

Encik Lee Kim Lim

1985 – 1987

6.

Encik Baba bin Hassan

1987 – 1990

7.

Tn. Hj. Osman b. Samad

1990 – 1992

8.

Pn. Hjh. Latifah bt. Idris

1992 - 1998

9.

Tn. Hj. Abdul Rahman b. A.Hadi

1998 -

 

 

 

indeks / kata aluan / lencana / motto

aktiviti / guru / bukan guru /album / jk laman web